Definisi Storan Komputer
- Storan adalah ruang simpanan data bagi sistem komputer pada saat pemprosesan.
- Segala maklumat dan dokumen disimpan di dalam storan komputer, oleh itu maklumat mudah diperolehi apabila diperlukan.
- Storan komputer merupakan pemegang data dalam bentuk elektromagnetik untuk di akses oleh pemproses komputer.
- Saiz storan diukur dalam skala Bit, Bait, Kilobait, Megabait , Gigabait dan Terabait
Fungsi storan komputer
- Storan komputer adalah penting untuk membantu pengguna menyimpan segala program dan maklumat yang akan digunakan pada masa akan datang.
- Ia juga sangat berguna untuk menyimpan data semasa sementara diproses oleh pemprosesor sehingga maklumat tersebut selamat disimpan ke dalam storan media seperti cakera keras (hard disk) dan juga pen pemacu ( pen drive)
Jenis-jenis Storan Komputer
Terdapat 2 jenis storan iaitu :
- Storan Utama (Primer)
- Dikenali sebagai memori utama dalam komputer termasuklah RAM (Random Access Memory) dan ROM (Read Only Memory ).
- Ia merupakan memori dalaman ( internal memory) yang terdapat dalam CPU (Unit Pemproses Pusat)
- Terbahagi kepada 2 iaitu : Memori dan Memori Cache
2. Storan Sekunder (Secondary Storage)
- Storan sekunder menyimpan maklumat secara kekal walaupun tanpa bekalan kuasa.
- Ia mampu menyimpan lebih banyak data berbanding dengan memori RAM. Akan tetapi capaiannya agak lambat
- Data, program dan informasi yang akan digunakan lagi disimpan dalam storan sekunder seperti disket, hard disk, tape dan sebagainya
No comments:
Post a Comment