PERKAKASAN

Peta minda - Unit Pemprosesan Pusat 
(Kredit kepada http://rmmict.blogspot.com)


PERKAKASAN / HARDWARE

Peranti input
1. Papan kekunci - untuk memasukkan teks
2. Mesin pengimbas / scanner - memasukkan imej ke dalam komputer
3. Mikrofon - merekod bunyi
4. Kamera video digital / web cam - memasukkan video ke dalam komputer
5. Kayu ria / joysticks / tetikus - membuat pilihan arahan
6. Bar scanner - membaca kod bar
7. MIDI Keyboard - memasukkan muzik ke dalam komputer (MIDI=musical instrument digital interface)

Peranti output:
1. Monitor/ LCD monitor / projektor LCD - memaparkan teks, grafik
2. Pembesar suara - memperdengarkan audio
3. Pencetak - mencetak teks dan grafik

PAPAN INDUK / PAPAN UTAMA / MOTHERBOARD
www.techiwarehouse.com/ cat/13/Motherboard

Papan induk iaitu tempat di mana komponen-komponen komputer di sambung kepadanya.


Apa yang ada pada sebuah motherboad:

1. Expansion slot - tempat meletakkan kad tambahan / adapter card contohnya kad network, kad grafik,kad audio, kad video dll.

2. Port - contohnya port audio, port COM, port VGA, Port USB, port RJ45, port modem

3. Soket CPU

4. Slot untuk RAM

5. Connector port untuk hard disk, floppy disk, cdrom/dvdrom disk

STORAN KOMPUTER

Ada dua jenis storan iaitu storan utama (primary storage) dan storan kedua (secondary storage)


STORAN PRIMER

1. RAM -random access memory (ingatan capaian rawak) adalah storan utama.
2. ROM - random access memory(ingatan baca sahaja) juga adalah storan primer

 
Rajah : Cip BIOS - Basic Input Output System

storan primer adalah memori dalaman yang terus dicapai oleh CPU.

Perbezaan antara ROM dan RAM

ROM
- ingatan baca sahaja.
- dimasukkan oleh pengeluarnya di kilang
- data di dalamnya tidak boleh di tambah atau dibuang
- ingatan atau data di dalamnya kekal
- tidak meruap. selepas komputer di matikan suisnya dan dihidupkan semula, data masih ada
- didalamnya tersimpan arahan yang kompleks contohnya arahan untuk menghidupkan komputer iaitu BIOS ( Basic Input Output System)

RAM
- dikenali sebagai ingatan yang bekerja (working memory)
- data boleh ditulis dan dibaca
- merupa. ingatan sementara sahaja. bila komputer dipadam, data akan hilang
- RAM menyimpan data buat sementara sehingga ia data dimasukkan ke dalam storan sekunder

STORAN SEKUNDER / secondary storage

1. Hard disk
2. Cakera liut
3. Thumbdrive
4. CDROM 740 MB
5. DVD 4 GB
6. BlueRay Disk - 20 GB

Perbezaan storan primer dan storan sekunder

storan primer / primary storage ( merujuk RAM):

1. simpan data - sementara sahaja. data hilang bila komputer di switch off
2. Kapasiti storan - terhad
3. Masa akses - laju/cepat
4. Keperluan - wajib ada. komputer tak boleh start tanpa storan primer

storan sekunder / secondary storage

1. Simpan data kekal sehingga ia dipadam/didelete
2. Kapasiti storan - unlimited - besar
3. Masa akses - perlahan
4. Keperluan - alternatif. Tiada storan primer PC masih boleh start ( sehingga BIOS sahaja)




No comments:

Post a Comment