KONSEP SISTEM

SISTEM KOMPUTER

sistem komputer iaitu kombinasi komponen yg direkabentuk untuk memproses data dan menyimpan fail

Sistem komputer terdiri daripada empat komponen yang utama iaitu:

1. Input
2. Output
3. Proses
4. Storan

Input iaitu proses memasukkan data mentah ke dalam komputer menggunakan peranti input untuk diproses menjadi maklumat berguna. Contoh input ialah teks, grafik,audio dan video. Manakala peranti input pula seperti papan kekunci untuk memasukkan teks, menggunakan tetikus untuk membuat pilihan, menggunakan mikrofon untuk memasukkan audio dan menggunakan kamera video digital untuk memasukkan video.

Proses iaitu menukar data kepada maklumat yang berguna. Dalam sistem komputer, proses akan dilaksanakan oleh pemproses (CPU).

Output iaitu maklumat berguna yang dihasilkan melalui pemprosesan ke atas data atau arahan yang dilaksanakan oleh CPU.

Storan pula iaitu lokasi di mana data , arahan atau maklumat disimpan untuk kegunaan pada masa hadapan. Selain menyimpan data , storan juga digunakan untuk menyimpan perisian sistem dan perisian aplikasi.

Rujukan http://www.buzzle.com/articles/information-processing-cycle.html


KITARAN PEMPROSESAN MAKLUMAT

Komputer melaksana satu arahan pada satu masa. Sebelum satu arahan dilaksanakan, arahan dan data dari peranti input atau storan kedua akan dipindahkan ke dalam memori utama atau RAM.

4 kitaran proses tersebut ialah Fetching (angkut), decode (terjemah), execute (laksana), storing (simpan)
Rujukan : http://msaiful391.blogspot.com/


1. Fetching - Unit kawalan (Control unit) akan mengangkut arahan aturcara dan data daripada ingatan utama

2. Decode - Unit kawalan akan menterjemah arahan aturcara dan memindahkan data yang diperlukan dari ingatan ke unit Aritmethik dan Logic ( ALU)

3. Execute - unit aritmethic dan logic unit akan melaksanakan arahan arimethic dan logic

4. Storing - Unit aritmethic dan logik akan menyimpan hasil pemprosesan ke dalam ingatan utama atau ingatan kedua / storan sekunder.

PERWAKILAN DATA / data representation

sistem komputer hanya mengenal semua data, nombor, huruf dan simbol sebagai nombor.

sistem penomboran yang diguna diwakilkan dengan sistem nombor perduaan dikenali sebagai kod binari, nombor perenambelasan dikenali hexadecimal dan perlapan dikenali octal.

komputer menggunakan digit perduaan iaitu perwakilan data 0 dan 1 yang disebut bit.


1. Bit - unit terkecil dalam perwakilan data. bit merujuk binary digit

komputer hanya tahu membaca bahasa mesin sahaja. perwakilan nombor 1 dan 0 ini menunjukkan denyutan isyarat elektrik.

1 bermaksud ON atau TRUE atau YES

0 bermaksud OFF atau FALSE atau NO

2. Bait / byte - unit yang terbina daripada 8 bit. contohnya 10101010 adalah 8 bit. Ada 256 aksara yang mewakili byte.

3. Aksara / character - satu aksara seperti huruf 'A' bersamaan dengan 8 bit atau 1 byte.
Aksara A diwakilkan dengan digit 01000001.

KOD BINARI

Apakah nombor binari?

Nombor binari ialah nombor yang menggunakan dua digit sahaja iaitu 0 dan 1. dua digit ini disebut bit iaitu singkatan untuk binari digit. Dalam istilah komputer, nombor (0,1,2,3..), huruf abjad (A,B,C..) dan symbol khas (!,@,#,$..) dipanggil aksara. Aksara-aksara ini diwakilkan dengan 1 bait iaitu himpunan 8 bit.



3 jenis skema kod binari yang digunakan untuk mewakili aksar iaitu:

Kod ASCII iaitu singkatan bagi American Standard Code For Information Interchange. Kod ini paling luas digunakan pada mikrokomputer.

EBCDIC ialah singkatan bagi Extended Binary Coded Decimal Interchange Code. Ia direka oleh IBM khusus untuk komputer berkeupayaan tinggi.

Unicode dibangunkan oleh Unicode Inc dengan sokongan Apple, IBM dan Microsoft. Unicode menggunakan 16 bit bagi mewakilkan aksara. Dengan 16 bit, ia boleh mewakilkan lebih banyak aksara.


PENGUKURAN DATA

bit = unit terkecil dalam perwakilan data. Terdiri dari kod binari 1 dan 0
1 byte = 8 bit
1 kilobyte (KB) = 1024 byte
1 megabyte (MB) = 1024 kilobyte
1 gigabyte (GB)= 1073,741,824 byte
1 gigabyte = 1,024 megabyte

1 KB= 1024 byte= 2^10 byte

2^0=1
2^1=2
2^2=4
2^3=8
2^4=16
2^5=32
2^6=64
2^7=128
2^8=256
2^9=512
2^10 =1024


1MB=2^20 byte
1GB=2^30 byte
1 TB=2^40 byte

UKURAN KELAJUAN JAM CPU

CPU speed merujuk kelajuan CPU melaksana arahan atau memproses data menjadi maklumat.
Kelajuan jam merujuk sekerap mana CPU berdetik setiap saat. Satu detikan bermaksud satu arahan sedang dilaksana. Satu arahan bermaksud satu kitaran pemprosesan maklumat bermula daripada fetching, decode, execute dan storing.


Kelajuan jam diukur dengan unit hertz. Semakin laju jam semakin pantas CPU memproses maklumat.

1 hertz = 1 pusingan / 1 saat

1 megahertz = 1,000,000 pusingan / 1 saat

1 gigahertz = 1,000,000,000 pusingan / 1 saat

1 GHZ = 1000 MHz


No comments:

Post a Comment